| Jangan pasang terlalu rapat ke dinding |
Bila nak beli aircond baru & pasang, pastikan tehnician tak main asal pasang saja. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum proses pemasangan aircond dijalankan.
Yang pertama, dimana kedudukan indoor unit. Mengikut pengalaman saya, tidak digalakkan meletakkan indoor di bahagian atas set TV anda. Sebab, andai kata berlaku kebocoran air menitis, set TV & lain-lain barangan elektrik yang berdekatan di bawah akan rosak. Risiko nak terkena kejutan elektrik pun ada. Lokasi terbaik untuk pemasangan indoor unit adalah seperti di atas tingkap & pintu atau dimana-mana yang tidak barangan elektrik dibawahnya. Pasang ditempat yang mudah untuk technician servis nanti. Seterusnya adalah aliran angin. Contoh, jika nak pasang aircond di bilik tidur, pasanglah indoor unit bertentangan dengan katil. Boleh faham kan?
Yang kedua pula kedudukan outdoor unit. Bagi outdoor unit, tidak digalakkan untuk dipasang pada kedudukan yang terlalu tinggi. Kesian tengok abang-abang technician terpaksa angkat barang berat naik tangga pula tu. Pernah dahulu saya terpaksa angkat outdoor berdiri atas tangga berlantaikan bumbung yang condong. Boleh bayangkan bagaimana bahayanya. Mujur hanya outdoor kecil 1HP. Kalau anda sebagai pelanggan berkeras nak minta pasang juga di tempat yang bahaya & tinggi, technician tersebut boleh mengenakan cas pemasangan lebih tinggi kerana ia sudah melibatkan risiko kecederaan & nyawa. Lagi satu, cari lokasi yang mempunyai aliran udara yang baik & luas. Outdoor mengalirkan udara panas. Jika udara panas ini terperangkap kerana lokasi yang tidak sesuai seperti tempat terlalu sempit, ia akan memendekkan jangka hayat outdoor unit kerana terlalu panas.
Itulah serba sedikit ringkasan dari pengalaman saya dulu.
Comments
Post a Comment