| 3 jenis gas penyejuk aircond |
Tahu tak setiap aicond sebenarnya mempunyai jenis gas penyejuk yang berbeza? Antaranya adalah R22, R410 & yang terbaru adalah R32.
Pada artikel ini, saya nak memberi sedikit penekanan ringkas kepada gas penyejuk R22. R22 adalah jenis gas lama yang sudah dihentikan pengeluarannya pada tahun 2016. Ini adalah kerana gas R22 adalah gas yang tidak mesra alam kerana menyumbang kepada kadar penipisan lapisan ozone selain kurang kemampuan untuk menyerap & membebaskan haba. Senang cerita dia lambat nak sejuk.
Oleh itu, dari kaca mata seorang technician, adalah lebih baik anda cepat-cepat tukar aircond lama kepada aircond baru jika aircond anda masih menggunakan gas R22. Silap-silap di masa akan datang technician minta cas tinggi sebab anda suruh dia buat aircond yang dah tak wujud..haha...
Pada masa sekarang, semua aircond model baru sudah beralih kepada R410 & R32 kerana lebih mesra alam & lebih cepat sejuk.
Maka ucapkan selamat tinggal keapda gas menyejuk R22 kerana suatu hari nanti ia akan tiada lagi.
Comments
Post a Comment