SERVIS AIRCOND MESTI GUNA CANVAS & WATERJET?

Fan blower dicabut untuk dicuci

Ini adalah satu hal amat meresahkan saya setiap kali datang ke rumah pelanggan nak servis aircond. Ramai yang terkejut melihat cara kami yang sedikit berbeza dengan orang lain.

Ada yang memberi respon "Eh, tak guna waterjet ke? tak guna canvas?" Ada yang buat muka. haha...

Sorry to say. Rata-rata yang memberi respon begitu adalah warga tua yang sudah lama melihat aircond diservis dengan waterjet & canvas. Yang muda mungkin hanya  2 dari 10 orang saja.

Aircond lama pada 20 atau 30 tahun lalu direka tanpa memikirkan tentang memudahkan kerja para juruteknik untuk servis. Sebab itu setiap kali nak servis mereka guna canvas & waterjet. Rekaan aircond lama agak complicated. Nak memudahkan kerja mereka gunalah waterjet & canvas. Namun, sekarang kebanyakan aircond sudah direka dengan bentuk yang memudahkan juruteknik nak servis tanpa perlu gunakan waterjet & canvas. Mudah nak dibuka.

Apa caranya?

Cabut fan blower keluar dari indoor. Evaporator coil cukup dengan lap & berus saja. Sejujurnya, ramai yang tak yakin dengan cara ini sebab dah biasa sangat tengok waterjet & canvas. Ambil masa juga nak yakinkan pelanggan bahawa cara ini adalah cara yang terbaik & lebih kemas & rapi.

Kekotoran melekat di belakang

Bersih ke tak guna waterjet?

Menggunakan waterjet memang bersih. Namun ia akan meninggalkan kesan sampingan pada masa beberapa bulan atau tahun. Antaranya, motor fan akan rosak kerana fan motor tidak kalis air.

Kedua, kotor masih melekat pada bahagian belakang coil. Ini bukan tipu. Banyak dah aircond kami jumpa sangat bersih di depan tapi kotor di belakang sebab waterjet hanya menolak sisa kotor ke belakang coil. Yang terjadi akhirnya aircond itu tersumbat, air menitis keluar & paling teruk tak mengeluarkan angin langsung.

Kesimpulannya, zaman sekarang tak perlu guna waterjet & canvas lagi nak servis aircond. Rekaan aircond sudah semakin mudah & mesra technician.





Comments