Ketika bekerja dulu, sering kali pelanggan tanya "kalau nak isi gas berapa ya?". Saya jawablah sekian sekian. Entah kenapa setiap kali kalau dapat soalan begitu hati rasa macam nak meletup. Malah ada juga yang buta-buta minta kami isi gas terus sebab katanya tak sejuk. Lebih menyedihkan, ada juga yang berpandangan kami adalah scammer sebab servis tak isi gas. Adoi...
Memandangkan saya bukan juruteknik yang suka nak kebas duit pelanggan sesuka hati, saya buat pemeriksaan terlebih dahulu pada aircond tersebut. Ternyata gas masih ada. aircond hanya kotor sahaja. Selepas cuci, aircond sejuk macam biasa.
Baik, berbalik kepada tajuk. Betulkah gas penyejuk aircond perlu diisi setiap 6 bulan. Ini adalah perkara yang ramai pengguna aircond masih percaya sampai sekarang. Gas aircond ni guna gas dapur ke?
JAWAPANNYA adalah TIDAK BENAR.
| Kebocoran gas boleh terjadi di sini |
Untuk memudahkan anda faham konsepnya. Saya berikan satu soalan.
Pernah tak anda panggil juruteknik untuk isi gas peti sejuk di rumah anda? Peti sejuk On 24 jam kan? Jadi, kenapa peti sejuk sentiasa sejuk?
Sebab, gas penyejuk takkan habis sampai 7 keturunan pun.
Tetapi, bagaimana pula kalau didapati gas memang habis.
Gas penyejuk hanya akan habis jika berlaku kebocoran. Kebocoran ini biasanya akan terjadi apabila ada sedikit kecuaian ketika pemasangan aircond. Selalunya pada nut pada bahagian indoor & outdoor atau lain-lain bahagian. Contoh: copper pipe bengkok.
Sampai sekarang saya tak begitu pasti kenapa & bagaimana ramai yang percaya gas penyejuk perlu diisi selalu. Mungkin masyarakat kita telah dibrainwash kononnya gas aircond ni berfungsi macam gas dapur.
Kesimpulannya, jika anda mendapati gas penyejuk berkurangan, sila minta untuk periksa dulu dimana kebocorannya. supaya duit anda tak habis nak bayar is gas saja. Sebagai pengguna aircond, jangan biarkan diri anda ditipu juruteknik tak bertauliah. Kalau dia kata "gas mesti mau isi selalu", percayalah dia sedang menipu.
Comments
Post a Comment